Cinta itu kalau ditafsir melalui kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud
perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll)
. Aku pula menganggap cinta itu satu bentuk ayat penyata yang terlalu subjektif untuk digarap.
Cinta boleh dizahirkan melalui perbuatan seperti kasihnya
anak terhadap ibu bapanya dengan membelikan hadiah, sentiasa mengunjungi ibu bapa yang tinggal berjauhan dan pelbagai bentuk perbuatan yang menunjukkan si anak tadi mempunyai
sifat cinta pada ibu bapa mereka.
Cinta juga ditafsirkan melalui ucapan seperti abang cintakan sayang, i love u dan pelbagai ucapan yang diluahkan kepada pasangan masing-masing demi menunjukkan bertapa kita saling menyintai pasangan masing-masing.
Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”.
Itu saat cinta yang sudah mula berputik dan berbunga-bunga, tetapi dalam melalui musim percintaan ada juga saat di mana lidah juga tergigit.
Dalam apa jua hubungan pasti ada saat dimana kita bermasam muka, mula menambah curiga dalam diri dan seolah-olah kita tidak mengenali pasangan kita yang sudah 5 tahun kenal, disitu timbul konflik diri dimana kepercayaan terhadap pasangan mula diragui dan terasa seoalah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan kita.
Ini yang dinamakan krisis diri dimana kita mula merasakan ada perbezaan diantara pasangan kita, cinta yang dulu luhur dan suci kini semakin hambar dek kerana wujud ruang perasaan yang berbeza-beza. Setiap manusia mempunyai keunikan dalam diri masing-masing dan apabila pertembungan antara dua insan yang mempunyai keunikan tersendiri maka disitulah berlakunya konflik dimana masing-masing cuba mempertahankan apa yang mereka ada tanpa berusaha untuk mencari kesamaan yang wujud untuk sesebuah hubungan.
Terlalu kompleks untuk mengulas mengenai cinta, pemahaman terhadap personaliti cinta itu perlu mendalam dan jelas agar sebelum kita mengenali pasangan kita adalah lebih baik untuk kita mengenali diri kita terlebih dahulu. Apabila kita memahami diri kita dan ambil masa untuk kita memahami karekter dan perangai pasangan kita.
Walaubagaimanapun untuk mengetahui rahsia cinta bukanlah perkara mudah dan bukan hanya cinta mee segera, cinta monyet dan sebagainya. Cinta yang lahir dari lubuk hati yang luhur itu bukanlah sesuatu yang hanya berlaku dalam sekelip mata.
Artikel memahami erti cinta ini adalah hasil daripada pemahaman aku setelah membaca ebook
Personaliti Cintayang dihasilkan oleh Saiful Izzuan Bin Hussain atau dikenali sebagai
DrInspirasi.
Untuk mendapatkan ebook
Personaliti Cinta dan membongkar rahsia cinta bolehlah dapatkan di
Sekian, Terima Kasih.